Tuesday, November 17, 2015

Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas dan Cepat Disediakan

Resepi Kuey Teow Goreng Yang Ringkas dan Cepat Disediakan


Kuey Teow Goreng

Bahan-bahan:
600 gram kuey teow - bilas dan toskan
1 cawan hirisan daging ayam/atau udang/daging
2 keping fish cake - hiris nipis
4 batang sosej - potong bulat
1 cawan taugeh
1 cawan daun bawang/kucai 
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan cili boh4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
minyak



Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan daging ayam dan tumis hingga masak.
3. Seterusnya masukkan fish cake dan sosej. Gaul sebati.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, cili sos dan kicap manis.
5. Masukkan kuey teow bersama taugeh.
6. Tambahkan perasa dengan menaburkan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan daun bawang.
7. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

then ia boleh dihidangkan bila-bila masa sarapan mahupun makan petang bersama-sama yang tersayang. Selamat Mencuba.


saya suke tambah dengan telor mata....lagiii ummpphh..sedappp....

Friday, September 14, 2012

macam mana nak buat coleslaw..melayu style

Pernah mencuba resipi coleslaw yang rasanya seperti seakan-akan sole slaw KFC yang anda selalu  bile di restoren KFC.. jangan pernah tidak mencuba resipi ini.
Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer.
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
Nota Tambahan
  • Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
  • Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
  • Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
  • Resepi saya kat atas tu untuk rasa standard. Anda boleh adjust ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
  • Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!

how to make coleslaw like KFC


Ingredients
    DRESSING:
  • 1/2 cup mayonnaise
  • 1/3 cup granulated sugar
  • 1/4 cup milk
  • 1/4 cup buttermilk
  • 2 1/2 tablespoons lemon juice
  • 1 1/2 tablespoons white vinegar
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/8 teaspoon pepper
  • SLAW:
  • 1 head of cabbage
  • 1 medium carrot (about 1/4 cup)
  • 2 tablespoons minced onion
Instructions
  1. Chop cabbage into chunks and run through your food processor, or chop fine.
  2. Combine all of the dressing ingredients in a large bowl, whisk well.
  3. Combine cabbage, carrots, and onion and toss well. Pour dressing over the slaw and turn to coat well.
  4. Cover and refrigerate for at least 4 hours before serving to allow the cabbage to soak up the marinade. Overnight is best.